Monday 28 March 2011

SJK(T) LADANG KUALA KETIL

SEJARAH SEKOLAH
  • Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1928. Bilangan murid ketika itu ialah 45 orang. Tempat belajar adalah di “Kuil Mahamariamman”.
  • Pada awalnya, semua matapelajaran diajar dalam Bahasa Tamil dan buku-buku teks diimport dari India oleh Kerajaan Malaysia.
  • Guru Besar ketika itu ialah Encik A.Ananthaiya.
  • Kemudian sekolah ini terpaksa ditutup sementara waktu disebabkanPerang Dunia Kedua’.
  • Selepas tamat peperangan, sekolah ini dibuka kembali tetapi bangunannya dipindahkan ke suatu bangunan atap. Guru Besar ketika itu ialah Encik Kanniappan.
  • Murid ketika itu telah meningkat sehingga 100.
  • Sebelum tahun 1960, hanya dua orang yang mengendalikan sekolah ini. Kemudian sekolah ini terus membangun dan mendapat bantuan kerajaan sepenuhnya.
  • Guru Besar yang seterusnya ialah En V.Muthaiyalu, En P.Sinnasamy, En K.Rajagopal dan En K.Ayyasamy.
  • Semasa Guru Besar En S.Arulmarie (1984) SJK(T) Ladang Kuala Ketil telah dipindahkan ke sebuah bangunan baru yang mempunyai dua tingkat.
  • Terdapat 5 buah bilik darjah yang besar, sebuah setor, tandas dan sebuah bilik Guru Besar pada masa itu.
  •  Selepas En S.Arulmarie, seorang Guru Besar baru iaitu En K.Subramaniam telah dilantik. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini.
  • En A.Govindrajin telah dilantik sebagai Guru Besar mulai 16.4.1995. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga  tahun 2000.
  • Selepas beliau bersara, Guru besar baru iaitu Pn K.Sellamah telah menjadu Guru Besar di sekolah ini pada tahun 2003 sehingga tahun 2005.
  • Selepas beliau, Pn K.Letchummy telah dilantik sebagai Guru Besar baru sehingga tahun 2008.
  • Selepas beliau berpindah, Pn M.Mariamah telah dilantik sebagai Guru Besar di sekolah ini. Beliau sedang berkhidmat di sekolah ini sehingga kini.

No comments:

Post a Comment