Wednesday 30 March 2011

Maklumat Sekolah

VISI SEKOLAH 

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kuala Ketil akan  menjadi  sekolah berprestasi tinggi di Daerah Baling/Sik menjelang 2003


MISI SEKOLAH



1. SJK(T) Ladang Kuala Ketil akan berusaha untuk memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan.
 
2. Menggunakan pendekatan baru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan murid yang cemerlang.
 
3. Membentuk murid yang berkebolehan dalam kokurikulum secara menyeluruh.
 
4. Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi .
 
5. Mewujudkan suasana persekitaran yang harmoni , tenang , ceria dan selamat.
 
6. Mengukuhkan perhubungan  sedia ada dengan agensiagensi luar.

MATLAMAT SEKOLAH  
       Memberi pelajaran yang asas dan kukuh di luar dan di dalam bilik darjah untuk menyediakan pelajar-pelajar masuk ke sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang tertinggi agar mereka menjadi rakyat yang berguna dan  bertanggungjawab.

OBJEKTIF SEKOLAH
 Supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran 3M dengan sempurna dan dapat meng aplikasikannya.
Supaya murid-murid juga bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu Baku, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil dengan betul dan lancar.
 Meningkatkan peratus UPSR setiap tahun
 Melibatkan semua murid  dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Menanam semangat cintakan diri, keluarga, guru raka-rakan , sekolah, agama, bangsa dan Negara.
PIAGAM SEKOLAH
Kami kakitangan SJK (T) Ladang Kuala Ketil dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menyempurnakan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
 Melaksanakan program pendidikan dengan berkesan.
Melaksanakan program pendidikan yang produktif dan inovatif.
Menyediakan iklim sekolah yang selesa , selamat dan harmoni.
Mewujudkan budaya kerja yang ikhlas , bijaksana dan penuh kasih sayang.

Rukun Sekolah

Kami muridmurid SJK (T) Ladang Kuala Ketil berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai citacita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
Bragama , berdisiplin dan bermoral.
Bersih , kemas dan bersemangat.
Setia kepada tuhan , ibu bapa , guru dan Negara.
Tekun belajar dan menepati masa.
 

No comments:

Post a Comment